Khamis, 12 Januari 2017

Penipuan MLM

Hari ni aku tertarik untuk menulis berkaitan penipuan MLM. Disini dikongsikan sedikit tips mengelak daripada ditipu oleh MLM yang tidak bertanggungjawab.

1. Sentiasa bersyukur dengan apa yang ada dan janganlah tertarik dengan kata-kata manis agen mlm atau hati hitam para melayu mlm terutamanya. Tak kisahla melayu mlm tu statusnya tuan haji, ustaz, ustazah, dan hatta apa-apa status skalipun. Sentiasa ingatlah akan peringatan Allah sepertimana kisah Qarun di dalam al-Quran.

“Maka keluarlah Qarun kepada kaumnya dalam kemegahannya . Berkatalah orang-orang yang menghendaki kehidupan dunia: “Moga-moga kiranya kita mempunyai seperti apa yang telah diberikan kepada Qarun; sesungguhnya ia benar-benar mempunyai keberuntungan yang
besar”. (Q.S. Al-Qashash, 79).

Berkatalah orang-orang yang dianugerahi ilmu: “Kecelakaan yang besarlah bagimu, pahala Allah adalah lebih baik bagi orang-orang yang beriman dan beramal saleh, dan tidak diperoleh pahala itu, kecuali oleh orang-orang yang sabar”. 
(Q.S. Al-Qashash, 80).

Maka Kami benamkanlah Qarun beserta rumahnya ke dalam bumi. Maka tidak ada baginya suatu golonganpun yang menolongnya terhadap azab Allah. Dan tiadalah ia termasuk orang-orang (yang dapat) membela (dirinya).
(Q.S. Al-Qashash, 81).

Dan jadilah orang-orang yang kemarin mencita-citakan kedudukan Qarun itu, berkata: “Aduhai, benarlah Allah melapangkan rezki bagi siapa yang Dia kehendaki dari hamba-hambanya dan menyempitkannya; kalau Allah tidak melimpahkan kurnia-Nya atas kita benar-benar Dia telah membenamkan kita (pula). Aduhai benarlah, tidak beruntung orang-orang yang mengingkari (nikmat Allah)”.
(Q.S. Al-Qashash, 82).

Negeri akhirat  itu, Kami jadikan untuk orang-orang yang tidak ingin menyombongkan diri dan berbuat kerosakan di (muka) bumi. Dan kesudahan (yang baik) itu adalah bagi orang-orang yang bertakwa. 
* Yang dimaksud kampung akhirat di sini ialah kebahagiaan dan kenikmatan di akhirat. Maksudnya: syurga. 
(Q.S. Al-Qashash, 83)

2. Semak profile syarikat tersebut dalam website SSM (Suruhanjaya Syarikat Malaysia)yang boleh dibeli dengan harga RM10. Ada MLM yang tidak mengaku mereka adalah MLM. Ni macam seolah-olah orang tua miang nak pikat anak dara dalam internet, mana mereka nak mengaku. So kita kena pandai semak dan lihat bisnes profile sebagai panduan modus operandi mereka. 


Tiada ulasan :

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails